Selasa, 12 Mei 2009

Peribahasa Menengah NBD

SEKOLAH MENENGAH CHUNG HWA, BSB
MENENGAH LIMA
Peribahasa Sekolah Menengah Negara Brunei Darussalam

1.Babuyah-buyah mulut (pBr)
Banyak bercakap kerana menasihati seseorang tetapi nasihat itu tidak diikuti.

2. Babuyah tangga(pBr)
Datang berkali-kali untuk menagih hutang tetapi tidak berhasil.

3. Bagai air titik ke batu(pr)
Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia.

4. Bagai anak sepat ketohoran(pr)
Berbaring-baring atau bermalas-malas di tempat orang lain.

5. Bagai aur dengan tebing (pr)
Suka mengamalkan sikap tolong-menolong di antara satu sama lain.

6. Bagai aur di atas bukit (pr)
Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia.

7. Bagai ayam naik ke surau(pr)
Berkunjung ke rumah orang yang tidak menghidangkan atau tidak memberi apa-apa jamuan.

8. Bagai berludah ke langit(pr)
Melakukan sesuatu perkara yang tidak baik; perbuatan itu akan memalukan dirinya sendiri.

9.Bagai bertepuk sebelah tangan(pr)
Kasih saying atau cinta yang tidak berbalas.

10.Bagai bulan penuh mengembang di kaki langit(pr)
Kecantikan perempuan yang sudah disolek.

11.Bagai cembul dapat tutupnya(pr)
Sesuatu yang sesuai benar.

12. Bagai dakwat dengan kertas(pr)
tidak pernah bercerai, sangat cocok.

13. Bagai dihiris dengan sembilu (pr)
Hati yang terlalu sakit, pedih dan sedih.

14. Bagai enau dalam belukar, melepaskan pusuk masing-masing (pr)
Tidak menghiraukan masalah orang lain, hanya mementingkan urusan diri sendiri sahaja.

15. Bagai gelombang dua belas(pr)
Kehebatan atau ketangkasan langkah seorang pendekar.

16. Bagai gembala diberi keris(pr)
Mendapat sesuatu yang tidak berguna kepadanya.

17. Bagai haruan di dalam lukah (pr)
Keadaan yang tidak tetap kerana sakit atau susah

18. Bagai kambing dimandikan pagi(pr)
Menyuruh seseorang melakukan sesuatu yang mustahil akan dilakukannya.

19. Bagai kelip-kelip terbang malam(pr)
Rahsia yang tidak dapat disembunyikan.

20. Bagai kerakap tumbuh di atas batu(pr)
Hidup dalam kemiskinan dan memelaratan.

21. Bagai kerbau runcing tanduk(pr)
Seseorang yang memang terkenal dengan kejahatannya, jika orang lin membuat jahat, dia juga disangka melakukannya.

22. Bagi kucing dibawakan lidi(pr)
Seseorang yang sangat takut kepada tuannya atau penjaganya.

23. Bagai kumbang putus tali(pr)
i) sangat pantas ii) terlepas daripada sengsara

24. Bagai kunyit dengan kapur(pr)
Lekas mesra

25. Bagai langau mengerumuni bangkai(pr)
Suasan bising kerana ramai orang berkumpul.

26. Bagai lebah menghimpun madu(pr)
Rajin bekerja dan tekun berusaha.

27. Bagai menelan mastika embun (pr)
Menerima nasihat yang baik.

28. Bagai menatang minyak yang penuh(pr)
Dijaga dengan hati-hati; memelihara anak dengan penuh kasih saying.

29. Bagai si rabun memimpin si buta(pr)
Orang yang mempunyai ilmu yang sedikit mengajar orang yang tidak berilmu.

30. Bagai tikus membaiki labu(pr)
Membaiki sesuatu yang tidak tahu mengenainya, akibatnya semakin rosak pula.

31. Bagai ular menyusur akar, takkan hilang bisanya(pr)
Seorang yang berilmu itu tidak akan hilang ilmunya atau mertabatnya jika bercampur gaul dengan orang biasa.

32. Bagaimana gendang begitulah tarinya(ppt)
Mengikut keadaan di sesuatu tempat kita berada.

33.Bahasa dalam (sb)
Ragam bahasa istana.

34. Bahasa menunjukkan bangsa(kkh)
Seseorang itu dapat dikenali keturunannya daripada tingkah laku dan tutur katanya.

35. Bahasa jiwa bangsa(sb)
Bahasa yang baik dan berdaulat itu akan menghidupkan lagi semangat anak bangsa itu sendiri.

36. Bahasa kesat(sb)
Bahasa yang digunakan dalam percakapan atau persuratan yang menyakitkan hati orang lain.

37. Bahasa pasar(sb)
Bahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-hari yang tidak menggunakan tatabahasa yang betul.

38. Bakulat tangga(pBr)
Terlalu lama tidak dating (ke rumah orang)

39. Bakulut-kulut(pBr)
Sentiasa berada di satu tempat.

40. Bangkai bernyawa (sb)
Orang yang tidak berguna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan